Pre-Lasik Test
Salam semua!
Hari ni terdetik nak tulis blog tentang pengalaman buat Pre-Lasik test last week. Saje nak share dengan semua mana tau ada sesiapa nak teringin nak buat lasik, mesti jadi macam I. Google google untuk tahu lebih info sebelum buat lasik ni.
Actually I rabun since I was 10 years old (if i'm not mistaken). Hari jadi ke 12, arwah abah hadiahkan spec mata sebab I selalu mengadu tak nampak dalam class. Tapi... I tak suka pakai spec. Bukan sebab muka nampak buruk bila pakai spec (tapi sebenarnya buruk lah jugak), tapi setiap kali pakai spec, mesti pening kepala. Bila masuk sekolah menengah, diri ni mula lah berjinak-jinak dengan contact lens (untuk mengurangkan nampak buruk sebab masa sekolah menengah kan da bajet bajet control lawo. Lol). Suka pakai contact lens sebab kita boleh melihat tanpa ada pandangan yang kabur, bukan macam pakai spec, kalau nak tengok dengan jelas kena tengok menerusi kanta. Kalau nak tengok atas bawah, kabur. Kena lah dongak ke tunduk ke baru nampak. Pakai contact lens tak payah susah susah nak dongak ke nak tunduk ke. Pusing pusing kan mata je dahhh nampak. Tapi, I ni dah la kedekut. Biasalah masa sekolah kan duit mintak parents. I bukan jenis nak sesuatu, mintak je kat parents. Kumpul duit sendiri untuk beli apa yang I nak. Masa tu nak beli contact lens yang sebulan pun rasa mahal. So, I pakai je lah contact lens yang untuk sebulan tapi pakai lebih 2/3 bulan (Jangan contohi sis ye uols. Sayangi mata anda). Bila guna lens berbulan-bulan lamanya, of course lens tu akan kering. Mata mula lah rasa tak selesa. Lebih lebih lagi kadang-kadang terbawak tidur. Habit tu berlaku sampai la ni haaaa. Jenis malas tukar contact lens. Pakai berbulan bulan baru tukar. Bila jadi macam tu, power mata makin lama makin naik. And bayangkan sekarang dah umur 29 tahun. power dah 700! T_T
Bila bekerja dalam aircond ni, mata makin kering lah. Bila balik rumah je, mata jadi sangat letih. I selalu rasa mengantuk yang teramat sangat. Selalu rasa tak cukup tidur. Kadang-kadang bila mata kena infection, berminggu jugak lah I kena pakai spec. Aduh. Pakai spec kat airport. Buruknya! And rasa teruk jugak sebab bila pakai spec, sakit kepala pulak datang. What to do? What to do? One day I nampak kat FB timeline, kawan I buat lasik kat Prof Muhaya. I nampak dia cakap harga dalam RM6000+++. Oh my! Baik I beli handbag LV. Detik hati. So I pun rasa buat lasik ni angan angan je laaa. Sampai lah mata I kena infection untuk kali ke-3! I pun tak tahu lah kenapa dengan mata I ni. Dah beli baru, pun kena infection. Tukar solution pun, infection. Merah merah mata sampai MC 3 hari. I makin tak faham dengan condition mata I ni. Maybe dah tak boleh terima I pakai contact lens agaknya?
Ini tak boleh jadi. Sementara takde kerja kat office, I pun google lah tentang lasik surgery. Ada few blogs suggest buat lasik kat Advance Vision Eye Specialist Centre, Damansara Utama.
Macam menarik je. Harga pun diorang cakap murah compared to Prof Muhaya & tempat lain. Bila fikir fikir balik, haih dah lama I ni rabun. Teringin lah jugak nak masuk swimming pool tanpa pakai lens. Teringin lah jugak nak melihat tanpa pakai spec & contact lens yang meletihkan mata. Eye bag ni bukan main gelap dah sebab mata ni terlalu letih tahan kekeringan. Muka nampak lebih tua dari usia sebenar sebabkan eye bag! So, I nekad pergi lah buat appointment untuk test samada I layak atau tidak buat lasik ni.
Sabtu lepas (5 Nov 2016), I set appointment dalam pukul 9-11am. I sampai sana around 10am. Bila masuk je, terkejut tengok ramainyaaaaa orang! I amik nombor giliran and tunggu untuk buat test Part 1. Test Part 1 ni FOC je. Bila dah test Part 1, staff akan bagi briefing tentang result test. Bila bersetuju nak proceed with the procedure, baru boleh buat test Part 2, iaitu jumpa doctor. Test part 2 ni kena bayar RM80 dan hanya cash diterima.
Macamana test Part 1 ni? Staff akan check mata guna machine. Check ketebalan kornea. Check power. And staff akan buat kira kira berapa ketebalan kornea yang tinggal kalau patient buat lasik. Okay let me explain apa yang staff tu brief pada I. Surgery ni terbahagi kepada 2, iaitu LASIK & LASEK. Apa itu Lasik? Procedure Lasik ni, doctor akan gunakan machine macam untuk sedut lapisan kornea and gunakan blade untuk potong lapisan atas bagi membentuk flap, dibuka, kemudian di laser, seterusnya tutup balik kornea yang di potong tu. Lasek pulak, doctor akan sedut kornea dan kemudian akan di scrap atau dalam bahasa melayu nya dikikis dan diletak alkohol, dilaser & di tutup menggunakan contact lens sementara sebagai pelindung sebab lapisan kornea dah dikikis, jadi proses penyembuhan lebih selesa. Few days later, korang kena datang balik and doctor akan tanggalkan contact lens sementara tu. Proses penyembuhan Lasik lebih cepat berbanding Lasek. Yelah, bila buat lasek kan lapisan kornea tu kena kikis. Jadi nak sembuh tu ambil masa lah sikit. Staff dia cakap pedih mata lepas buat Lasik dalam 3-4 jam je. Kalau Lasek boleh sampai 3-4 hari. I Tanya juga pedih macamana? Dia kata macam mata kena cili. Errrrr...
Procedure yang doctor akan buat depends pada keadaan kornea kita. Kalau kornea normal, boleh proceed dengan LASIK. Tapi manusia ni lahir dengan macam macam bentuk kornea. Kalau keadaan kornea tu bujur ke tajam ke melengkung ke, korang memang tak boleh buat Lasik. Korang kena buat Lasek. Harga Lasik dan Lasek di Advance Vision ni SAMA je. RM2,888 + RM80 (kos consultation). Jadi total harga adalah RM2,968. Yang membezakan harga adalah procedure lasik/lasek STANDARD atau CUSTOM. Okay let me explain further. Masa staff dia buat explanation, ada 3 patients termasuk I. Sorang akak A ni kornea mata dia normal. Power mata dia kurang dari 500. Jadi staff dia kata akak A ni boleh buat LASIK STANDARD dengan kos RM2,968 untuk kedua dua belah mata. Kemudian, turn akak B. Result akak B ni kornea mata dia tajam. Kemudian power mata dia dalam 750 (>500). Jadi staff dia kata akak B kena buat LASEK CUSTOM dengan kos RM5,588 + RM80 (consultation). Jumlah rawatan RM5,668. Akak B kena buat custom sebab power mata dia lebih 500. Bila tiba giliran I, nervous jugak sebab risau kos rawatan dapat yang mahal. Staff dia kata kornea mata I normal. Jadi I boleh teruskan dengan Lasik. Tapi, I boleh pilih Standard (RM2,968) atau Custom (RM5,668). Staff dia suggest I buat custom sebab power mata I dah lebih 500. Kalau power bawah 500, buat standard insyaAllah takde masalah. Sebabkan ada beberapa patients sebelum ni yang kornea mata nya normal, tapi power lebih 500 buat standard. Doctor dan staff dah advise buat custom tapi patient still nak buat standard. Maybe sebab kos lebih budget kot? Bila dah buat surgery, patient datang balik, mengadu penglihatan tak jelas. Kabur kabur. Masa ni nak buat surgery lagi sekali pun dah tak boleh bila baki kornea tu dah tinggal sikit. Pergi lah buat dekat Prof Muhaya sekali pun still tak boleh nak betulkan semula. Surgery akan dibuat hanya pada setiap hari Jumaat sahaja. Jadi, Advance Vision akan beri 1 hari MC pada hari Jumaat tu. Tak perlu ambil cuti. Bagi patient yang buat Lasik, MC 1 hari je diorang bagi. Kalau buat Lasek, 5 hari MC akan diberikan. Staff beritahu kalau dah decide nak buat surgery, boleh bayar booking RM400 dan pilih tarikh surgery.
Ni adalah result eye test Part 1
Kalau tengok dari result tu, yang Plano tu kalau I buat Standard. Bawah tu (Tissue savings/Zyoptix/Aspheric) tu kalau I buat Custom. Ketebalan kornea biasanya dipotong untuk flap adalah sebanyak 120um. Yang remaining depth tu adalah baki ketebalan kornea I lepas surgery. Berdasarkan result, kalau I proceed dengan standard, baki kornea sebelah kiri tinggal 283um, sebelah kanan 298um. Kira okay lah asalkan mesti sekurang-kurangnya 250um. Tapi, contoh kalau jadi komplikasi mata kabur, doctor dah tak boleh nak buat surgery lagi sebab ketebalan kornea ciputtt je tinggal. Yelah, baki ketebalan kornea mestilah lebih 250um. Contoh kornea kiri tinggal 283um. Cuma 33um je doctor boleh potong. Tisu kornea ni tak boleh tambah lagi tau. Kalau dah potong, haaa tinggal banyak tu je la. Kalau I proceed dengan custom, remaining depth kornea kiri banyak lagi (307um) & kornea kanan 312um.
Cuba tengok result yang ni pulak. Sebelah kiri bawah tu la bentuk kornea kita. Kalau warna kuning hijau mcmni boleh proceed dengan Lasik. Kalau warna merah, pulak kena proceed dengan Lasek.
I dah frust dah sebenarnya masa dengar penjelasan staff. Takkan I nak buat lasik standard kalau lepas tu ada risiko komplikasi mata kabur? Baik tak payah buat kan? Mestilah nak buat, biar betul betul elok. Boleh nampak dengan normal. Yea, budget I bawah RM3,000. Tiba-tiba bila terpaksa buat custom yang kos harga RM5,668 tu, terfikir la sejenak. Lebih budget ni. Macamana? Nasib baik staff tu beritahu kat Advance Vision boleh bayar cash , cek atau credit card installment (0% interest) selama 12 bulan tapi untuk credit card bank tertentu sahaja tau. Macamana pakai credit card installment ni? Okay contoh kos rawatan RM5,668. Tolak booking RM400 yang dibayar masa pilih tarikh, tinggal RM5,268. Bahagi 12 bulan. Jadi setiap bulan, RM439 akan di charge pada credit card. So boleh lah bayar sikit sikit kan. Sama juga kalau untuk kos RM2,968 - RM400 = RM2,568/12 bulan, RM214 sebulan selama setahun. Not bad kan pakai credit card installment? 2 hari atau sehari sebelum surgery, kita perlu datang sebab diorang nak buat test semula. Biasanya pemakai contact lens ni kena rehat kan mata at least seminggu sebelum surgery dijalankan. Tak boleh pakai contact lens tauu! Kalau sape yang degil jugak pakai contact lens kurang seminggu sebelum surgery, takut ada komplikasi masa surgery dijalankan. Tak pasal pasal pulak nanti. Mata oiii. Tolong jaga elok elok.
I pun decided nak teruskan dengan Lasik Custom. Takpelah, bayar lebih sikit untuk mata. Asalkan dapat lihat semula dengan jelas. Dah lama tak dapat lihat tanpa spec & contact lens. Bila dah decide ni, teruskan test Part 2. Jumpa doctor. Staff akan titiskan beberapa jenis ubat pada mata. Mata akan jadi kebas. Masa ni penglihatan jadi makin kabur. Mata tak boleh kena cahaya. I banyak tutup mata. Masuk dalam bilik, jumpa doctor, doctor buat eye test. Suruh pandang atas, kiri, bawah, kanan. Taktau la apa yang doctor tu check. Habis tu, bayar booking RM400 + RM80 untuk consultation Part 2 hari tu. Nak pilih tarikh, takde slot available pun bulan Nov. Yang ada 9 Disember. Yelah, kalau boleh nak buat secepat mungkin. Staff letakkan nama I dalam waiting list. Contoh lah kalau ada patient yang cancel, nama nama dalam waiting list akan dipanggil untuk datang surgery lebih awal (kalau bernasib baik lah since semua orang pun nak buat secepat mungkin). Diorang set appointment dan akan panggil semula dalam 8 Disember untuk check mata before surgery nanti. Masa datang 8 Disember tu (sebelum surgery), kena bayar Full Payment. Kalau cash, bayar cash balance RM2,568 atau RM5,268. Kalau nak credit card installment, swipe credit card anda masa tu.
I rasa setakat itu dulu I share. Nanti I share lagi pengalaman lepas buat surgery. Risau dan berdebar juga sebenarnya ni. Nasihat I, kalau berkemampuan, buat lah cepat cepat bagi power yang bawah 500 tu. Murah pun murah dalam RM2,968 untuk kedua dua belah mata. Jangan tunggu sampai power tinggi macam I ni. Dah tinggi tak pasal pasal kena buat custom. Tapi takpelah. Demi mata kan? Nak pakai sepanjang hayat ni. Labur sikit tak apa kot.
Update: Last Saturday, staff di Advance Vision ada call yang ada available slot hari Jumaat ni (18 Nov 2016)!!! I pun cepat cepat cakap NAKKKK! Hari Rabu (16 Nov 2016) kena datang buat final check up. Then dup dap dup dap pulak tunggu hari Jumaat. Hopefully everything goes well! InsyaAllah. Doakan saya!
Update: Last Saturday, staff di Advance Vision ada call yang ada available slot hari Jumaat ni (18 Nov 2016)!!! I pun cepat cepat cakap NAKKKK! Hari Rabu (16 Nov 2016) kena datang buat final check up. Then dup dap dup dap pulak tunggu hari Jumaat. Hopefully everything goes well! InsyaAllah. Doakan saya!
Hi,
ReplyDeleteThanks for your blog. Very informative. Just would like to know what's the result of the lasik? Any side effect? I was thinking about lasik at Optimax but is so much more expensive.
Advance Vision is cheaper even for their custom lasik.
Please do share with me. Looking forward to your reply.
Thanks!
Chensee
So far no side effect. It's almost a year now and I'm so happy with the result. I can see clearly without any contact lenses or spec even when i go swimming. No more tired eyes. You should consider Advance Vision because the doctor is a specialist. A lot of good reviews from Advance Vision. You can google more about this place.
DeleteHai sis, share lah lepas u dh lasik, sy nak tahu, becoz tgh consider lg nak lasik ni,
ReplyDeleteNow dah almost a year buat lasik. Alhamdulillah memang clear je penglihatan. Tak rabun dah. Syukur alhamdulillah. Buat lah dear. Ok sgt kalau buat sebab bnyk benefit dia. Mata pun dah tak letih dah. :)
Delete